Sudah lama saya tidak menulis di sini. Sebenarnya saya sibuk menghabiskan cuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Seronok juga cuti kali ni. Walau ayah tak bawa saya ke air terjun atau taman tema tapi berbaloi la juga. Nanti saya ceritakan pengalaman saya bercuti. Saya juga sibuk 'snap' gambar-gambar yang menarik untuk di kongsi bersama. Nanti kalau ada antara kawan-kawan yang lain nak kongsi cerita, bolehlah beritahu saya ok.
Percutian di Pulau Pinang
20 Desember 2009
Batu Maung, Balik Pulau
Aquarium Ikan,batu Maung
Saya diba
wa oleh ayah ke aquarium ikan dan muzium perang. best betul waktu lawatan ni. Tapi agak malang kerana aquarium ikan sedang dalam proses penyelenggaraan jadi kami hanya lawat di sekitarnya sahaja. Walaubagaimanapun adik saya, Illyas nampak sangat gembira sebab haiwan kegemarannya ialah ikan. Saya selitkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Irfan dan Illyas di depan kolam ikan Koi dan ikan Naga. Kami juga bergambar di pintu masuk ke taman kolam ikan ini.
Destanasi yang paling best. Walaupun keletihan saya tetap teruskan perjalanan ke setiap blok kubu ini.Muzium Perang, Batu Maung
No comments:
Post a Comment